Friday, October 13, 2017



4 CARA PALING CEPAT UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN TANPA BERSENAM

Ramai diantara kita yang mungkin tak sempat atau kekurangan masa untuk bersenam. Tapi memang nak sangat2 kurus dan dapatkan berat badan yang ideal. Akak-akak yang comel lotey jangan risau ya J Di sini Hajar akan kongsi kepada semua cara kurus tanpa bersenam J



1. BANYAKKAN MINUM AIR

Benda ni yang paling penting sekali tapi ramai yang ambik mudah. Kalau akak-akak nekad nak kurus kena paksa la diri banyakkan minum air masak atau air suam. Sehari berapa gelas? Amalkan 8 GELAS sehari.

Kenapa air penting? Bila kita kurang minum air, percaya atau tidak perut kita akan jadi mudah lapar. Bila lapar kita akan makan banyak. Jadi macam mana nak kurus kak oii J

Jadi jalan yang terbaik amalkan selepas bangun tidur, sebelum mandi minum segelas air putih atau air masak. Sebelum sarapan, makan tengah hari, petang mahupun malam, minum dulu air putih. Tujuannya untuk apa? Untuk perut kita rasa kenyang dan tidak makan banyak.

Ingat, sehari 8 gelas tau. Bila banyak air dalam tubuh, badan kita pon bertenaga. Mudah untuk membakar lemak.



 2. JANGAN SESEKALI MINUM AIR BERKARBONAT ATAU MINUMAN BERGAS

Dalam minuman berkarbonat ni memang sangat tinggi kandungan gula. Minuman yang manis dengan gula sememangnya tidak elok untuk badan. Bukan saja senang dapat penyakit, malah senang dapat lemak!

Jadi elakkanlah makan benda MANIS dengan gula samaada dalam makanan ataupun minuman.



3.  LEBIHKAN SUMBER PROTEIN
Bagi Hajar senang saja. Sumber protein utama yang Hajar makan adalah telur. Ya. Telur rebus ataupun separuh masak. Telur memang kaya dengan kandungan protein dan sememangnya bagus untuk diet!

Sarapan pagi makan 2 biji pun dah cukup baik. Penting tau. Jangan sesekali SKIP sarapan pagi!



4. LEBIHKAN SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN
Kurangkan makan nasi dan banyakkan makan sayuran hijau dan buah-buahan. Dan masa makan tu janganlah laju sangat. Kunyah berlahan-lahan baru cepat perut hadam makanan tu.

Ok. Cukup la tu 4 cara. Amalkan yang ni pun dah mampu turunkan berat badan dalam 7 hari je. Tak caya cuba la? Tapi kalau nak cepat turunkan berat badan kenalah makan supplement yang membantu menaikkan metabolisme badan. Bila metabolism dalam badan ni rendah memang susah la sikit nak turun berat badan dengan cepat.

Nak tahu cara turunkan berat badan dengan cepat dan memiliki susut tubuh yang cantik lagi menggoda? Haa..akak-akak boleh klik link kat bawah ni ya. InsyaAllah Hajar akan Guide akak sampai capai target yang ditetapkan. J


No comments:

Post a Comment